RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Tarikh : 22 Februari 2012 / Rabu
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Cekal
Masa : 4.50 – 5.00 ( 30 minit )
Bilangan Pelajar : 33 orang
Tajuk : Kata Nama Khas (Saudara-mara Huda)
Kemahiran :
Fokus Utama : Standard Kandungan :
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran :
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang
mudah dengan betul mengikut konteks.
Fokus Sampingan : Standard Kandungan
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang
diberi dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
1. memahami dan menggunakan kata nama khas dengan betul
2. menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pak cik, mak cik dan sepupu dan biasa
bertemu mereka.
Konsep : Tatabahasa – Golongan Kata – Kata Nama Khas
Bahan Bantu Belajar : Gambar, Bahan Internet, Buku Teks, Lembaran Kerja Penilaian
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir - Mengecam
Belajar Cara Belajar - Mendengar dengan berkesan
- Bacaan intensif
Nilai : Kasih sayang, Hormat- menghormati
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Gambar : Kereta Perodua Alza Soalan: 1.Apakah gambar yang kamu lihat? 2.Apakah nama kereta tersebut? 3.Di manakah kereta itu di- buat? | 1.Guru mempamerkan lima keratan gambar kereta kepada murid. 2.Guru meminta lima orang murid untuk mencantumkan keratan gambar tersebut di papan tulis secara bergilir. 3.Guru mengemukakan soalan kepada murid tentang gambar yang terhasil dari- pada cantuman gam- bar yang telah dibuat. 4.Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu “Kata Nama Khas”. | Murid memerha -tikan keratan gambar tersebut dengan teliti. Murid mencan- tumkan keratan gambar tersebut secara bergilir di papan tulis. Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar tersebut. Murid mendengar dengan teliti penera- ngan oleh guru. | KBT : KB : - mengecam Ilmu : - Sains dan Teknologi BCB: - Mendengar dengan berkesan BBM: gambar LCD |
Langkah 1 (5 minit) | Teks : Saudara-mara Huda (Halaman 22 Buku Teks ) | 1.Gurumengarahkan murid membuka Buku Teks halaman 22. 2.Guru membimbing murid membaca teks tersebut dan mema- hami ayat yang di- baca | Murid membuka teks halaman 22 seperti yang diarahkan oleh guru. Murid membaca teks dengan bimbi- ngan guru dan memahami ayat ter- sebut. | BBM: Teks |
Langkah 2 (10 Minit) | Kata Nama Khas - Encik Johan - Puan Hawa - Hana - Huda - Ipoh - Proton Saga Soalan : 1.Siapakah nama Pak cik Huda? 2.Siapakah nama mak cik Huda? 3.Siapakah nama sepupu Huda? 4.Mereka datang dari mana? 5.Mereka naik kereta apa? | 1.Guru membimbing murid mengenal pasti kata nama khas dalam ayat yang dibaca (perkataan yang dicetak dengan warna biru). 2.Guru meminta murid memilih kad perkata- an kata nama khas yang disebut oleh rakan mereka dan melekatkannya di papan tulis. 5.Guru menyoal murid secara lisan berkaitan teks yang dibaca. | Murid mengecam perkataan yang dicetak dengan warna biru dalam ayat dan menyebut kata nama khas tersebut. Murid memilih kad perkataan kata nama khas yang disebut oleh rakan mereka dan melekat-kannya di papan tulis. Murid menjawab soalan guru secara lisan berpandukan teks yang dibaca | KB : - mengecam Strategi/Teknik: Penyoalan seluruh kelas KBT : BCB :: - mendengar dengan berkesan - mengingat - bertutur |
Langkah 3 (5 minit) | Kata nama khas : -orang (doktor, guru) -tempat (kampung, Sekolah) -benda (kasut, telefon) | 1.Guru meminta murid menyenaraikan dua kata nama khas yang lain bagi orang, tempat dan benda berdasarkan gambar yang diberikan dalam lembaran kerja. 2.Guru meminta murid menyalin ayat tunggal di dalam buku tulis dengan betul dan tulisan yang kemas. | Murid menyenaraikan dua kata nama khas yang lain bagi orang, tempat dan benda berdasarkan gambar yang diberikan di dalam lembaran kerja. Murid menyalin ayat tunggal di dalam buku tulis dengan dengan betul dan tulisan yang kemas. | KBT : KB : -menjana idea |
Penutup (5 Minit) | Nilai Murni : -kasih sayang -hormat- Menghormati Kata nama khas: -orang -tempat -benda | . 1. Guru menyatakan nilai murni yang ter- dapat dalam teks yang telah dipelajari. 2.Guru meminta murid menyebut kata nama khas yang telah di- senaraikan di dalam lembaran kerja 3.Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini. | Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Murid menyebut kata nama khas yang telah disenaraikan dalam lembaran kerja. Murid mendengar dengan teliti rumusan isi pelajaran yang disampaikan oleh guru | BCB : -mendengar dengan berkesan BCB : -mendengar dengan berkesan |
No comments:
Post a Comment