orang :
- Encik Johan
- Puan Hawa
- Hana
- Huda
Kata Nama Khas
tempat : benda :
Ipoh Proton Saga
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Gambar : Kereta Perodua Alza Soalan: 1.Apakah gambar yang kamu lihat? 2.Apakah nama kereta tersebut? 3.Di manakah kereta itu di- buat? | 1.Guru mempamerkan lima keratan gambar kereta kepada murid. 2.Guru meminta lima orang murid untuk mencantumkan keratan gambar tersebut di papan tulis secara bergilir. 3.Guru mengemukakan soalan kepada murid tentang gambar yang terhasil dari- pada cantuman gam- bar yang telah dibuat. 4.Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu “Kata Nama Khas”. | Murid memerha -tikan keratan gambar tersebut dengan teliti. Murid mencan- tumkan keratan gambar tersebut secara bergilir di papan tulis. Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar tersebut. Murid mendengar dengan teliti penera- ngan oleh guru. | KBT : KB : - mengecam Ilmu : - Sains dan Teknologi BCB: - Mendengar dengan berkesan BBM: gambar LCD |
Langkah 1 (5 minit) | Teks : Saudara-mara Huda (Halaman 22 Buku Teks ) | 1.Gurumengarahkan murid membuka Buku Teks halaman 22. 2.Guru membimbing murid membaca teks tersebut dan mema- hami ayat yang di- baca | Murid membuka teks halaman 22 seperti yang diarahkan oleh guru. Murid membaca teks dengan bimbi- ngan guru dan memahami ayat ter- sebut. | BBM: Teks |
Langkah 2 (10 Minit) | Kata Nama Khas - Encik Johan - Puan Hawa - Hana - Huda - Ipoh - Proton Saga Soalan : 1.Siapakah nama Pak cik Huda? 2.Siapakah nama mak cik Huda? 3.Siapakah nama sepupu Huda? 4.Mereka datang dari mana? 5.Mereka naik kereta apa? | 1.Guru membimbing murid mengenal pasti kata nama khas dalam ayat yang dibaca (perkataan yang dicetak dengan warna biru). 2.Guru meminta murid memilih kad perkata- an kata nama khas yang disebut oleh rakan mereka dan melekatkannya di papan tulis. 5.Guru menyoal murid secara lisan berkaitan teks yang dibaca. | Murid mengecam perkataan yang dicetak dengan warna biru dalam ayat dan menyebut kata nama khas tersebut. Murid memilih kad perkataan kata nama khas yang disebut oleh rakan mereka dan melekat-kannya di papan tulis. Murid menjawab soalan guru secara lisan berpandukan teks yang dibaca | KB : - mengecam Strategi/Teknik: Penyoalan seluruh kelas KBT : BCB :: - mendengar dengan berkesan - mengingat - bertutur |
Langkah 3 (5 minit) | Kata nama khas : -orang (doktor, guru) -tempat (kampung, Sekolah) -benda (kasut, telefon) | 1.Guru meminta murid menyenaraikan dua kata nama khas yang lain bagi orang, tempat dan benda berdasarkan gambar yang diberikan dalam lembaran kerja. 2.Guru meminta murid menyalin ayat tunggal di dalam buku tulis dengan betul dan tulisan yang kemas. | Murid menyenaraikan dua kata nama khas yang lain bagi orang, tempat dan benda berdasarkan gambar yang diberikan di dalam lembaran kerja. Murid menyalin ayat tunggal di dalam buku tulis dengan dengan betul dan tulisan yang kemas. | KBT : KB : -menjana idea |
Penutup (5 Minit) | Nilai Murni : -kasih sayang -hormat- Menghormati Kata nama khas: -orang -tempat -benda | . 1. Guru menyatakan nilai murni yang ter- dapat dalam teks yang telah dipelajari. 2.Guru meminta murid menyebut kata nama khas yang telah di- senaraikan di dalam lembaran kerja 3.Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini. | Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Murid menyebut kata nama khas yang telah disenaraikan dalam lembaran kerja. Murid mendengar dengan teliti rumusan isi pelajaran yang disampaikan oleh guru | BCB : -mendengar dengan berkesan BCB : -mendengar dengan berkesan |